Skip to main content

Advertisement

Warga Palestin di AS skeptikal pilihan raya bawa perubahan di Tebing Barat

Warga Palestin di AS skeptikal pilihan raya bawa perubahan di Tebing Barat

Tinjauan bancian 2022 mendapati terdapat kira-kira 172,000 rakyat Palestin-Amerika tinggal di Amerika Syarikat (AS) dengan ramai dari negeri penentu atau swing state seperti Michigan dan Pennsylvania. Bagaimanapun, menjelang Hari Memilih Presiden 5 November, hati mereka berbelah-bagi, malah ada yang merancang untuk tidak keluar mengundi kerana yakin tiada perubahan yang akan berlaku di negara asal mereka.