Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Gangguan perniagaan jadi kebimbangan utama

Gangguan perniagaan jadi kebimbangan utama

Gangguan dalam perniagaan kekal menjadi kebimbangan utama bagi risiko perniagaan di Malaysia tahun ini, di samping kebakaran dan letupan, serta perubahan dalam perundangan dan peraturan, menurut laporan Allianz Risk Barometer 2025.

Dalam satu kenyataan hari ini, penanggung insurans korporat kumpulan Allianz, Allianz Commercial berkata gangguan perniagaan kekal di kedudukan teratas di Malaysia, mencerminkan gangguan rantaian bekalan yang teruk yang dialami semasa dan selepas pendemik.