Skip to main content

Malaysia

Pemandu maut tercampak, lori terbakar

Lori yang dipandu mangsa terbakar dalam kemalangan di Ulu Kukut, Jalan Kota Belud - Kota Marudu._Sinar Harian
Lori yang dipandu mangsa terbakar dalam kemalangan di Ulu Kukut, Jalan Kota Belud - Kota Marudu. -Foto Sinar Harian

KOTA BELUD: Seorang lelaki maut selepas tercampak keluar dari lori dipandunya dalam kemalangan di Ulu Kukut, Jalan Kota Belud - Kota Marudu, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa berusia 55 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala lori yang dipandunya terbakar.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintenden Shahrudin Mat Husain berkata, kemalangan melibatkan lori 10 tan yang dalam perjalanan dari arah Kota Marudu menuju ke Kota Belud.

"Setibanya di lokasi, lori yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan sehingga terbalik dan terbakar.

"Mangsa pula tercampak dari lori tersebut dan masuk ke dalam parit serta disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kota Belud untuk tujuan bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -Sinar Harian

Must Watch Video