Lelaki Vietnam mengaku bersalah simpan hempedu ular sawa
Seorang lelaki warga Vietnam mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua tuduhan menyimpan lebih seribu biji hempedu ular sawa dan 191 lidah ular sawa tanpa lesen, awal bulan ini.
Tertuduh, Hoang Van Thai, 39 tahun membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Vietnam di hadapan Hakim Madihah Zainol.