KKR pantau rapi lokasi jalan raya kerap banjir - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) komited melakukan pemantauan di lokasi jalan raya yang kerap dinaiki air setiap kali hujan bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin.
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihak kementerian menerusi Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) sentiasa bersiap sedia terutama ketika berdepan musim peralihan.