Iran tetap beraksi di Piala Dunia 2026 - Presiden FIFA
Presiden FIFA Gianni Infantino menegaskan Iran akan tetap bertanding di Piala Dunia 2026 walaupun berdepan konflik dengan Amerika Syarikat dan Israel. Iran dilaporkan mahu mengelak bermain di AS dan memohon bermain semua perlawanan kumpulan di Mexico. FIFA mengakui situasi rumit tetapi komited memastikan penyertaan Iran diteruskan.