Skip to main content

Dunia

AS tamatkan pengecualian sekatan minyak Rusia, pasaran tenaga terjejas

U.S. and Iranian flags, 3D printed oil barrels and rising stock graph are seen in this illustration taken March 23, 2026. REUTERS/Dado Ruvic/Illustration
Penganalisis memberi amaran perubahan ini berpotensi menolak harga minyak mentah global lebih tinggi, yang ketika ini kekal melebihi AS$100 setong sejak konflik tercetus pada penghujung Februari lalu. -Gambar fail/Reuters

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menamatkan pengecualian sementara sekatan ke atas minyak Rusia yang tamat pada Sabtu, sekali gus mencetuskan kebimbangan pasaran terhadap potensi kenaikan harga global.

Langkah itu menamatkan kebenaran khas selama sebulan yang sebelum ini membolehkan pembeli antarabangsa menyerap jutaan tong minyak mentah Rusia yang terkandas di laut.

Pengecualian tersebut diperkenalkan bulan lalu bagi menampung gangguan bekalan susulan ketegangan di Asia Barat yang dilapor menjejaskan laluan penghantaran utama termasuk Selat Hormuz.

Dengan tamatnya pengecualian itu, pasaran tenaga dijangka berdepan bekalan yang lebih ketat, terutama apabila negara pengimport utama seperti India perlu menghentikan pembelian alternatif sekitar 2.3 juta tong sehari dari Rusia.

Penganalisis memberi amaran perubahan ini berpotensi menolak harga minyak mentah global lebih tinggi, yang ketika ini kekal melebihi AS$100 setong sejak konflik tercetus pada penghujung Februari lalu.

Langkah tersebut turut dijangka memberi tekanan kepada pengguna di AS apabila harga petrol dilaporkan mencecah purata AS$4.50 segelen (kira-kira RM4.66 seliter).

Pakar tenaga meramalkan negara pengguna utama di Asia mungkin beralih mendapatkan bekalan dari Afrika Barat atau AS bagi menampung keperluan, sekali gus meningkatkan kos logistik global.

Must Watch Video