Dua lagi anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) dilaporkan maut dalam insiden berasingan ketika menjalankan tugas di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL). Kejadian melibatkan letupan kenderaan UNIFIL itu menjadikan jumlah korban anggota TNI meningkat kepada tiga orang setakat ini, manakala siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden.