Seorang remaja berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang dinaikinya dirempuh sebuah kereta dipandu lelaki dipercayai tertidur di Jalan Merotai, Tawau. Mangsa, bekas pelajar MRSM Tawau, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tawau. Pemandu Proton Wira ditahan untuk siasatan.