Skip to main content

Advertisement

AWANI Pagi: Gerak seni dan identiti bangsa | Koreografi Malaysia di pentas global

AWANI Pagi: Gerak seni dan identiti bangsa | Koreografi Malaysia di pentas global

Malaysia sekali lagi mencuri perhatian di pentas SEA Games Thailand 2025 menerusi persembahan kreatif yang mengangkat identiti negara ke peringkat antarabangsa. Gabungan koreografi yang dinamik bersama elemen budaya tempatan berjaya menampilkan ‘jiwa bangsa’, sekali gus menyerlahkan keunikan Malaysia di acara sukan berprestij tersebut.

Persembahan ini menitikberatkan pengurusan koreografi, pemilihan artis serta penyampaian unsur budaya yang mencerminkan identiti nasional. Pagi ini dalam AWANI Pagi, kami menampilkan Joe Lee, Pengarah Kreatif SEA Games Thailand 2025 dan Ketua Pegawai Eksekutif Mad’Ouk, bagi mengupas proses di sebalik tabir, cabaran yang dihadapi serta visi kreatif dalam menjayakan persembahan Malaysia di SEA Games edisi Ke-33.

Perbincangan turut meneliti strategi memastikan koreografi Malaysia menjadi representasi sebenar identiti bangsa di pentas global, di samping peranan pemilihan artis dan gaya seni dalam menyampaikan mesej negara kepada komuniti antarabangsa.