Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

AWANI Pagi: Pembedahan kraniofasial & ortognatik di Malaysia

AWANI Pagi: Pembedahan kraniofasial & ortognatik di Malaysia

Wajah bukan sekadar rupa – ia identiti, keyakinan diri dan dalam banyak keadaan, penentu fungsi asas seperti bernafas, mengunyah dan bertutur. Namun, tidak semua orang dilahirkan dengan struktur wajah dan rahang yang sempurna.

Ada yang berdepan kecacatan kongenital seperti bibir dan lelangit sumbing, ada yang mengalami kecederaan akibat kemalangan, dan tidak kurang juga yang berdepan masalah ketidakseimbangan rahang yang serius sehingga menjejaskan fungsi harian.

Di sinilah peranan pembedahan kraniofasial dan ortognatik menjadi sangat penting.

#AWANIpagi #AWANInews