Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

[TERKINI] Albert Tei beri alasan ‘jalan-jalan’ ke Sabah, tiada dokumen mahkamah

[TERKINI] Albert Tei beri alasan ‘jalan-jalan’ ke Sabah, tiada dokumen mahkamah

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menjelaskan ahli perniagaan Albert Tei gagal mengemukakan dokumen mengesahkan keperluan dirinya menghadiri prosiding di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, pada Jumaat

Pengarahnya Sharifah Sitti Saleha Habib Yusof berkata semakan mendapati Notis Amaran Sabah (NAS) terhadap Albert Tei masih berkuat kuasa ketika beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) dari Kuala Lumpur pada jam 3.30 petang Khamis.