Skip to main content

Advertisement

CelcomDigi, TM, U Mobile komited jaga privasi pelanggan

CelcomDigi, TM, U Mobile komited jaga privasi pelanggan

Tiga syarikat telekomunikasi (Telco) pada Ahad tampil menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), tanpa berkompromi dengan privasi dan perlindungan data pelanggan masing-masing.

Dalam tiga kenyataan yang berasingan tiga Telco tersebut - CelcomDigi, Telekom Malaysia (TM, dan U Mobile – senada bahawa butiran Data Telefon Bimbit (MPD) yang diserahkan kepada SKMM tidak mengandungi maklumat peribadi pelanggan yang boleh dikenal pasti.