Skip to main content

Ikuti sekarang Sidang Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-15.

Advertisement

Pusat urut bayar wang perlindungan RM2.7 juta setahun kepada penguat kuasa

Pusat urut bayar wang perlindungan RM2.7 juta setahun kepada penguat kuasa

Empat penguat kuasa dan seorang pesara agensi penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan rangkaian pusat urut terkemuka di negara ini.

Menurut sumber, kelima-lima suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 60 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan petang Khamis.