Astro, Pavilion KL rai semangat kebersamaan menerusi hiasan batik raya
Astro dan Pavilion Kuala Lumpur bekerjasama menjayakan kempen perayaan bertemakan 'Bila Bersama Lagi Jadi' dengan menampilkan instalasi batik moden hasil karya artis tempatan Farah Mohan. Kolaborasi ini mengangkat warisan budaya tempatan sambil memperkukuh semangat kebersamaan dalam suasana perayaan di pusat beli-belah ikonik ibu kota.