Skip to main content

Teknologi

Teknologi AI Canva baharu mampu pisahkan elemen imej untuk suntingan penuh

Sumber: AMANZ
Magic Layers memanfaatkan Canva Design Model, model kecerdasan buatan proprietari Canva, untuk mentafsir struktur imej dan memisahkan elemen menjadi lapisan berbeza sambil mengekalkan susun atur asal. -Foto Amanz

CANVA mengumumkan ciri baharu dinamakan Magic Layers, yang membolehkan imej 2D dalam format PNG atau JPG ditukar menjadi fail berlapis yang boleh disunting.

Melalui teknologi ini, setiap elemen dalam imej—seperti teks, objek atau bentuk—boleh dipadam, diolah dan diubah tanpa menjejaskan keseluruhan reka bentuk, lapor Amanz.

Magic Layers memanfaatkan Canva Design Model, model kecerdasan buatan proprietari Canva, untuk mentafsir struktur imej dan memisahkan elemen menjadi lapisan berbeza sambil mengekalkan susun atur asal.

Teks yang wujud dalam imej turut dipulihkan sebagai teks hidup yang boleh disunting, seakan-akan bekerja dalam perisian penyunting profesional seperti Photoshop.

Ciri ini kini ditawarkan dalam versi beta kepada pengguna di Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Australia, dengan pelancaran global dirancang pada masa akan datang.

Must Watch Video