Skip to main content

Teknologi

Sony naikkan harga PlayStation Plus di AS, Eropah, UK bermula 20 Mei

51739145822_tbPlayStation.jpg
Menurut syarikat itu, pelarasan harga baharu hanya melibatkan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom. Bagaimanapun, struktur harga ini hanya tertumpu kepada pelanggan baharu yang memilih pakej langganan satu bulan dan tiga bulan. -Foto fail

SONY hari ini mengumumkan kenaikan harga langganan perkhidmatan PlayStation Plus bagi beberapa pasaran utama dunia berkuat kuasa 20 Mei 2026.

Langkah tersebut dilaksanakan susulan keadaan pasaran global yang tidak menentu, lapor Amanz.

Menurut syarikat itu, pelarasan harga baharu hanya melibatkan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom. Bagaimanapun, struktur harga ini hanya tertumpu kepada pelanggan baharu yang memilih pakej langganan satu bulan dan tiga bulan.

Sony menjelaskan pelanggan sedia ada tidak terkesan dan boleh terus menikmati kadar bayaran lama bagi pelan masing-masing.

Di bawah kadar baharu itu, langganan satu bulan ditetapkan pada AS$10.99, €9.99 dan £7.99. Bagi pakej tiga bulan pula, harga ialah AS$27.99, €27.99 dan £21.99.

Pengumuman ini dibuat ketika industri teknologi berdepan tekanan kos, termasuk isu bekalan memori capaian rawak (RAM) global yang berlarutan sejak dua tahun lalu.

Terdahulu, faktor sama turut mendorong kenaikan harga konsol PlayStation 5, PlayStation 5 Pro dan PlayStation Portal di Malaysia.

Selain itu, Sony juga mengumumkan strategi baharu yang menyaksikan permainan solo terbitan PlayStation Studios tidak lagi ditawarkan ke platform PC.

 

Must Watch Video