Skip to main content

Teknologi

Microsoft tarik balik kemas kini Windows 11 KB5079391 akibat ralat pemasangan

Microsoft meneruskan rekod kemaskini bermasalah mereka, dimana kemaskini terbaru mereka, yang hadir dengan nama versi KB5079391 didapati menyebabkan sejumlah besar pengguna menghadapi isu terbaru, iaitu ralat pemasangan kemaskini 0x80073712.
Masalah berkenaan, yang dikenal pasti sebagai ralat 0x80073712, menyebabkan sistem gagal memasang kemas kini kerana beberapa komponen didapati hilang atau rosak.

REDMOND: Microsoft menarik balik kemas kini terbaharu Windows 11 versi KB5079391 selepas dikesan menyebabkan ralat pemasangan dalam kalangan pengguna.

Masalah berkenaan, yang dikenal pasti sebagai ralat 0x80073712, menyebabkan sistem gagal memasang kemas kini kerana beberapa komponen didapati hilang atau rosak, lapor Amanz.

Microsoft dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa penarikan semula itu dilakukan bagi membolehkan kerja penambahbaikan dilaksanakan sebelum ia diperkenalkan semula.

Setakat ini, syarikat itu belum menetapkan garis masa baharu untuk kemunculan semula kemas kini tersebut, yang sepatutnya membawa beberapa ciri tambahan termasuk penambahbaikan berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi fungsi carian.

Insiden terbaharu ini berlaku selepas Microsoft sebelum ini berjanji meningkatkan mutu sistem operasi mereka susulan beberapa isu teknikal dalam siri kemas kini Mac 2026.

Kejadian ini sekali lagi menimbulkan persoalan terhadap keupayaan syarikat itu menyediakan pengalaman kemas kini yang stabil kepada pengguna global.

Must Watch Video