Skip to main content

Dunia

Lebih sejuta rakyat hilang tempat tinggal, krisis kemanusiaan Lubnan kritikal

Lebanese Prime Minister Nawaf Salam leads a cabinet meeting, amid escalating hostilities between Israel and Hezbollah, as the U.S.-Israeli conflict with Iran continues, in Beirut, Lebanon, March 26, 2026. REUTERS/Mohamed Azakir
Nawaf Salam (foto) menegaskan bahawa krisis pelarian di dalam negara semakin meruncing dengan jumlah penduduk yang hilang tempat tinggal kini mencecah lebih satu juta orang. -Gambar fail/Reuters

BEIRUT: Perdana Menteri Lubnan, Nawaf Salam, menyifatkan situasi di negara itu kini berada pada tahap sangat kritikal susulan pencerobohan berterusan tentera Israel di bahagian selatan.

Bercakap di sini hari ini, beliau menegaskan bahawa krisis pelarian di dalam negara semakin meruncing dengan jumlah penduduk yang hilang tempat tinggal kini mencecah lebih satu juta orang, lapor Al Jazeera.

Nawaf Salam menyifatkan golongan tersebut sebagai mangsa utama dalam peperangan yang langsung tidak melibatkan mereka.

Dalam ucapannya, beliau turut menghargai ketabahan penduduk Lubnan yang memilih untuk terus bertahan di perkampungan mereka di wilayah selatan meskipun berdepan ancaman serangan.

 

 

Beliau menegaskan kerajaan akan memberikan sokongan penuh dan melakukan segala yang termampu bagi menyediakan keperluan asas kepada penduduk terkesan.

Pencerobohan darat oleh tentera Israel yang bermula sejak penghujung Februari lalu telah mengakibatkan kemusnahan infrastruktur yang meluas serta mencetuskan gelombang pelarian terbesar dalam sejarah moden Lubnan.

Setakat ini, usaha diplomatik untuk mencapai gencatan senjata masih menemui jalan buntu ketika pertempuran di sepanjang sempadan terus memuncak.

Must Watch Video