Skip to main content

Teknologi

Honor Robot Phone dengan kamera ARRI dilancar suku ketiga 2026

Sumber: AMANZ
Syarikat teknologi China itu turut membawa Honor Robot Phone ke Festival Filem Cannes bagi membolehkan pengunjung dan penggiat industri kreatif mencuba sendiri keupayaan peranti berkenaan. -Foto Amanz

CANNES: Siri telefon pintar Honor Robot Phone akan dilancarkan ke pasaran global pada suku ketiga 2026, antara Julai hingga September.

Pengumuman itu menolak anggapan awal semasa Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2026 bahawa peranti berkenaan sekadar model konsep, lapor Amanz.

Syarikat teknologi China itu turut membawa Honor Robot Phone ke Festival Filem Cannes bagi membolehkan pengunjung dan penggiat industri kreatif mencuba sendiri keupayaan peranti berkenaan.

Ciri utama model ini ialah sistem pemprosesan imej hasil kerjasama strategik dengan ARRI, jenama kamera sinematografi profesional.

Model berkenaan dilengkapi kamera utama 200 megapiksel bersama sistem pengimbang mekanikal (gimbal) terbina dalam badan telefon.

Teknologi itu menyokong rakaman penjejakan stabil yang kompleks serta integrasi sains warna ARRI Image Science secara terus ke dalam perisian kamera.

Langkah tersebut dilihat sebagai usaha Honor memperluas keupayaan penghasilan kandungan video mudah alih yang memenuhi keperluan profesional industri kreatif.

Must Watch Video