Skip to main content

Teknologi

Google uji had storan 5GB untuk akaun baharu tanpa pengesahan telefon

Secara lazimnya semua akaun Google akan menerima storan percuma sebesar 15GB untuk bebas digunakan oleh pemilik bagi menyimpan emel, gambar, video dan dokumen. Storan tanpa had untuk Photos yang diberikan sebelum ini dihentikan sejak 1 Jun 2021. Tetapi Google kini menguji hanya memberikan storan 5GB sahaja pada akaun baharu. Sekiranya pemilik akaun ingin mendapat storan 15GB percuma, nombor telefon pengguna perlu diberikan terlebih dahulu.
Perubahan tersebut dikesan dalam kalangan sebilangan pengguna yang mendaftar akaun baharu, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa ia merupakan ujian dalaman Google yang masih terhad. -Foto Amanz

MOUNTAIN VIEW: Google dilapor sedang menguji polisi baharu yang mengehadkan storan percuma kepada 5GB bagi akaun baharu yang tidak disahkan menggunakan nombor telefon.

Langkah itu merupakan perubahan berbanding tawaran standard 15GB sebelum ini, yang meliputi storan bersama untuk Gmail, Google Photos dan Google Drive, lapor Amanz.

Menurut laporan media teknologi, pengguna yang ingin mendapatkan storan penuh sehingga 15GB perlu mendaftarkan serta mengesahkan nombor telefon mereka terlebih dahulu.

Perubahan tersebut dikesan dalam kalangan sebilangan pengguna yang mendaftar akaun baharu, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa ia merupakan ujian dalaman Google yang masih terhad.

Penganalisis berpendapat langkah itu bertujuan mengurangkan penyalahgunaan sistem, termasuk pembukaan akaun palsu bagi mendapatkan storan percuma.

Setakat ini, Google belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pelaksanaan dasar tersebut atau sama ada ia akan diperluas secara global.

Bagi pengguna yang memerlukan storan lebih besar, Google terus menawarkan pelan langganan berbayar melalui Google One.

Must Watch Video