Skip to main content

Teknologi

Google, Blackstone tubuh syarikat awan AI baharu bernilai AS$25 bilion

61768261463_TBGoogle.jpg
Menurut kenyataan bersama, entiti itu akan membekalkan kapasiti pusat data yang dikuasakan oleh cip AI tersuai Google, iaitu Tensor Processing Units (TPU), menerusi model pengkomputeran berasaskan perkhidmatan. -Gambar fail

SAN FRANCISCO: Alphabet Inc melalui Google dan firma pengurusan aset alternatif Blackstone bersetuju menubuhkan sebuah syarikat awan kecerdasan buatan (AI) baharu berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Menurut kenyataan bersama, entiti itu akan membekalkan kapasiti pusat data yang dikuasakan oleh cip AI tersuai Google, iaitu Tensor Processing Units (TPU), menerusi model pengkomputeran berasaskan perkhidmatan.

Bagi merealisasikan usaha sama tersebut, Blackstone memperuntukkan modal ekuiti awal berjumlah AS$5 bilion (kira-kira RM19.78 bilion).

Nilai keseluruhan pelaburan projek ini dijangka mencecah sehingga AS$25 bilion (kira-kira RM99 bilion) termasuk pembiayaan leverage.

Fasa pertama projek infrastruktur ini dijangka menyediakan kapasiti pusat data sebanyak 500 megawatt menjelang 2027, sebelum diperluaskan secara berperingkat.

Langkah strategik itu bertujuan memenuhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap kuasa pengkomputeran AI, sekali gus meletakkan usaha sama tersebut sebagai pesaing kepada penyedia perkhidmatan awan AI sedia ada seperti CoreWeave.

Dalam perkembangan sama, eksekutif kanan Google, Benjamin Sloss, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat baharu berkenaan.

Must Watch Video