MICROSOFT secara rasmi mengumumkan penamatan ciri Together Mode pada aplikasi Microsoft Teams, iaitu fungsi yang diperkenalkan ketika era pandemik COVID-19, lapor Amanz.
Ciri yang dilancarkan pada 2021 itu sebelum ini membolehkan peserta mesyuarat dipaparkan dalam satu latar belakang maya interaktif bagi menggantikan susunan paparan grid biasa.
Menurut Microsoft, keputusan menghentikan ciri berkenaan dibuat kerana pilihan antara muka sedia ada seperti Gallery sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna ketika ini.
Selain itu, penamatan ciri tersebut membolehkan aplikasi Microsoft Teams beroperasi dengan lebih lancar, khususnya pada peranti yang mempunyai spesifikasi perkakasan rendah.
Pilihan untuk mengaktifkan Together Mode kini dikeluarkan secara berperingkat apabila pengguna menyertai sesi mesyuarat dalam talian.