Skip to main content

Teknologi

China perkenal sistem identiti digital untuk robot humanoid

71735618046_Robot.jpg
Langkah itu menyaksikan setiap unit robot diberikan kod identiti unik yang digunakan sepanjang tempoh operasi, berfungsi seperti kad pengenalan. -Gambar hiasan

BEIJING: Kerajaan China akan memperkenalkan sistem pengenalan identiti digital khas bagi setiap robot humanoid (berbentuk manusia) yang dihasilkan di negara itu bagi memastikan industri tersebut lebih terkawal.

Langkah itu menyaksikan setiap unit robot diberikan kod identiti unik yang digunakan sepanjang tempoh operasi, berfungsi seperti kad pengenalan, lapor Amanz.

Inisiatif tersebut bertujuan membantu pihak berkuasa mengawal risiko keselamatan serta memudahkan pemantauan industri yang kini berkembang pesat.

Melalui sistem itu, pengawal selia boleh mengenal pasti pengeluar, spesifikasi robot dan kod siri unik bagi setiap unit di pasaran.

Pendekatan tersebut dilihat penting kerana syarikat domestik di China semakin giat membangunkan teknologi robot humanoid.

Langkah China ini dijangka menjadi rujukan global, dengan kemungkinan lebih banyak negara akan memperkenalkan sistem serupa bagi menyokong pembangunan industri automasi pada masa hadapan.

 

Must Watch Video

Advertisement