Skip to main content

Teknologi

Arm lancar AGI CPU, teroka era baharu cip pusat data untuk AI

Arm AGI CPU Dilancarkan Khusus Untuk Menjalankan Ejen AI -- amanz
Pembangunan cip ini merupakan hasil kerjasama strategik di antara Arm dan Meta yang bertujuan khusus untuk menguasai sistem ejen AI. -Foto Amanz

SAN FRANCISCO: Gergasi teknologi seni bina semikonduktor, Arm, secara rasmi memasuki pasaran pemproses pusat data dan kecerdasan buatan (AI) melalui pelancaran produk terbaharunya, Arm AGI CPU.

Pembangunan cip ini merupakan hasil kerjasama strategik di antara Arm dan Meta yang bertujuan khusus untuk menguasai sistem ejen AI.

Setiap unit Arm AGI CPU dilengkapi sehingga 136 teras Neoverse V3, menawarkan lebar jalur memori 6GB/s bagi setiap teras dengan tahap masa pendam (latency) yang amat rendah, iaitu kurang daripada 100ns.

Kecekapan seni bina ini membolehkan sebanyak 8,160 teras dimuatkan dalam setiap rak pelayan menggunakan penyejukan udara, manakala kapasiti tersebut boleh melonjak melebihi 45,000 teras jika menggunakan sistem penyejukan cecair.

Arm mendakwa cip baharu ini mampu memberikan prestasi dua kali ganda bagi setiap watt berbanding sistem x86 tradisional.

Selain Meta sebagai pelanggan utama, platform ini turut mendapat sokongan padu daripada lebih 50 syarikat gergasi industri termasuk OpenAI, Google, Microsoft, NVIDIA, Samsung, dan TSMC.

Pelancaran ini mengukuhkan lagi persaingan dalam pasaran cip pusat data berasaskan Arm, memandangkan Google juga sedang membangunkan cip Axion manakala NVIDIA telah menawarkan NVIDIA Grace CPU Superchip sejak tahun lalu bagi mengurangkan penggunaan tenaga.
 

Must Watch Video