Skip to main content

Sukan

UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest

51739319097_UCL.jpg
DUA gol Ousmane Dembele bantu Paris St Germain meraih kemenangan pertama aksi play-off Liga Juara-Juara (UCL) 3-0 ke atas Brest.

Dalam pertembungan dua kelab Perancis menyaksikan PSG mendahului menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Vitinha dan tuan rumah memiliki peluang terbaik menerusi Abdallah Sima dalam separuh masa pertama, termasuk tandukan yang menggegar palang gol.

Bagaimanapun, Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL. - Stadium Astro






Must Watch Video