Skip to main content

Sukan

Real Madrid berminat dapatkan khidmat Neymar

61537233178_NEYMAR.jpg
REAL Madrid kini dalam proses mengadakan rundingan dengan Paris Saint Germain (PSG) dalam usaha untuk mendapatkan Neymar.

Neymar dilaporkan telah memberi bayangan mahu menyertai PSG pada jendela perpindahan musim ini.

Bagaimanapun, menurut Sky Sports, tiada sebarang tawaran rasmi dibuat Real sehingga kini.

Difahamkan, PSG hanya mahu menerima tawaran berbaloi dengan perbelanjaan 200 juta pound yang dibuat ketika mendapatkan Neymar pada 2017.

Neymar menjulang empat trofi utama sepanjang beraksi di La Liga.

Ini termasuk gelaran juara liga dan Liga Juara-Juara Eropah.




Must Watch Video