BERLIN: Petinju profesional Rusia, Abu Yusupov dilaporkan maut selepas ditikam dalam satu pertelingkahan dengan sekumpulan individu di stesen kereta api Gesundbrunnen di sini, pada Selasa.
Menurut laporan Tagesspiegel, Yusupov, 39, yang belum pernah tewas dalam kariernya, ditikam di bahagian leher menggunakan senjata tajam ketika insiden tersebut.
Polis yang tiba di lokasi dipercayai cuba menyelamatkan mangsa sebelum beliau dikejarkan ke hospital dengan ambulans.
Bagaimanapun, Yusupov disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami.
Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek terlibat dan motif kejadian. – Agensi/Sinar Harian