Skip to main content

Sukan

Pencak silat: Taqiyuddin, Afifi sumbang gangsa keenam

41535348850_TBSUKANASIAx.jpg
SKUAD silat negara menyumbang pingat gangsa keenam Malaysia selepas pasangan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Muhamad Afifi Nordin mengutip 560 mata menerusi acara ganda putra dalam Sukan Asia Indonesia di Padepokan Pencak Silat, Taman Mini Indonesia Indah, hari ini.

Sedikit aksi kurang kemas yang dipamer Taqiyuddin dan Afifi menyaksikan mereka hanya dibezakan dua mata dengan pemenang pingat perak, Tran Duc Danh dan Hong Quan Le dari Vietnam, yang meraih 562 mata.

Bagaimanapun, dua pesilat negara itu tetap perlu diberi pujian kerana memulakan rentak cemerlang bagi kem silat dalam saingan hari ini.

Emas menjadi milik gandingan tuan rumah,  Yola Primadona Jampil dan Hendy, selepas mereka meraih mata tertinggi, 580 mata.

Must Watch Video