Skip to main content

Sukan

Pelari maraton Ethiopia Shewarge Alene meninggal dunia

41758874910_tbShewargeAlene.jpg
BERLIN: Pelari maraton Ethiopia, Shewarge Alene, meninggal dunia pada usia 30 tahun, menurut Persekutuan Olahraga Ethiopia kepada agensi berita Jerman dpa pada Khamis.


Ringkasan AI
  • Pelari maraton Ethiopia, Shewarge Alene, meninggal dunia pada usia 30 tahun akibat masalah jantung semasa latihan di Addis Ababa
  • Beliau dikebumikan pada Rabu di pinggir ibu negara Ethiopia
  • Shewarge menjuarai Maraton Stockholm pada 31 Mei lalu


Beliau mengadu mengalami masalah jantung ketika sesi latihan di Addis Ababa dan meninggal dunia tidak lama selepas itu, kata Setiausaha Agung persekutuan, Yohannes Engida.

Atlet itu dikebumikan pada Rabu di sebuah tanah perkuburan di pinggir ibu negara Ethiopia.

Shewarge menjuarai Maraton Stockholm pada 31 Mei lepas.


--BERNAMA-dpa







Must Watch Video