Skip to main content

Sukan

KL2017: Gigih betul, sanggup tidur di stadium demi tiket final

81503907203_stadium-bola-sepak-header.jpg
BERKOBAR-KOBAR semangat penyokong skuad bola sepak Malaysia apabila sanggup bermalam di perkarangan Stadium Shah Alam sejak pukul 11 malam tadi demi mendapatkan tiket akhir Malaysa melawan Thailand esok.

Biarpun kaunter jualan tiket mula dibuka pada pukul 11 pagi tadi, penyokong mula beratur panjang di luar Stadium Shah Alam sejak pukul 6 pagi, lapor Berita Bola Semasa.


 
 
Tinjauan di media sosial Instagram dan Twitter membuktikan penyokong sudah tidak sabar menantikan perlawanan Malaysia dan Thailand esok.


"Gigih betul sampai tidur depan stadium," tulis @AmiraAsniza.

Tidak lelah beratur panjang, penyokong yang berjaya mendapatkan tiket ke perlawanan akhir esok berkongsi kegembiraan masing-masing.
 
 

Kemas kini akaun Instagram Astro Arena juga membuktikan keterujaan penyokong tempatan beratur membeli tiket sehingga tengah hari tadi.
 
 

 

Must Watch Video