Skip to main content

Dunia

Saudi Post keluar setem, poskad peringatan sempena Haji 1447H

Saudi Post issues a commemorative stamp and a postcard for the Hajj season 1447 AH.
Pengeluaran itu bertujuan mendokumentasikan usaha Arab Saudi dalam memberi perkhidmatan kepada jemaah haji. - Foto X/@SPAregions

RIYADH: Saudi Post (SPL) dengan kerjasama Kementerian Haji dan Umrah mengeluarkan setem dan poskad peringatan sempena musim Haji 1447H, mencerminkan kepentingan setem pos dalam menonjolkan pelbagai acara termasuk ibadah haji.

Setem dan poskad itu masing-masing bernilai 3 riyal Saudi dan 5 riyal Saudi, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Pengeluaran itu bertujuan mendokumentasikan usaha Arab Saudi dalam memberi perkhidmatan kepada jemaah haji, selain menonjolkan pembangunan berterusan perkhidmatan dan penyelesaian yang disediakan sepanjang musim ibadah itu.

Inisiatif itu turut mencerminkan peranan utama Arab Saudi dalam pengurusan orang ramai dan perkhidmatan kepada jemaah haji selaras dengan piawaian operasi serta kemanusiaan tertinggi.

-- BERNAMA-SPA

 

 

Must Watch Video

Advertisement