Skip to main content

Sukan

GP Motosikal Malaysia: Andrea Dovizioso rampas petak pertama MotoGP

71477728005_AndreaDovizioso.jpg
Penunggang Itali, Andrea Dovizioso akan memulakan perlumbaan kelas MotoGP dari petak pertama esok selepas mencatat masa terpantas pada pusingan kelayakan Grand Prix Motosikal Malaysia, di sini hari ini.

Dovizioso yang mewakili Ducati Team mencatat masa dua minit 11.485 saat.

Valentino Rossi dari Movistar Yamaha MotoGP dan rakan sepasukannya, Jorge Lorenzo, masing-masing menduduki petak kedua dan ketiga selepas mencatat 2:11.731s dan 2:11.787s.

Sementara itu, penyandang juara dunia, Marc Marquez dari Repsol Honda Team akan bermula dari petak keempat selepas mencatatkan 2:11.874s. -- BERNAMA

Must Watch Video