Skip to main content

Sukan

Gol akrobatik Cristiano Ronaldo warnai kemenangan Portugal

81731733850_CristianoRonaldo.jpg
CRISTIANO Ronaldo meledak dua gol -- termasuk menerusi sepakan gunting -- ketika Portugal membenam Poland 5-1 untuk memperoleh tangga teratas Kumpulan A1 saingan Liga Negara-Negara UEFA.

Ronaldo kemudian disertai oleh Rafael Leao, Bruno Fernandes dan Pedro Neto selaku penjaring ketika Portugal mempamerkan peningkatkan berikutan separuh masa pertama menyaksikan mereka gagal mendapatkan sebarang percubaan tepat ke sasaran.

Walaupun suasana perlawanan tidak menghadirkan sebarang ancaman, Poland ketinggalan selepas perlawanan 60 minit waktu permainan apabila Leao menanduk gol pembukaan, beberapa detik selepas Diogo Costa menafikan percubaan Jakub Kaminski.

Bola terkena tangan Jakub Kiwior, membenarkan Ronaldo menjadikan kedudukan 2-0 menerusi sepakan penalti selepas minit ke-72, sebelum Fernandes menjadikan kedudukan 3-0 lapan minit kemudian.

Pemain sayap Chelsea, menambah bilangan jaringan Portugal kepada empat gol sebelum magis Ronaldo hadir dalam masa kecederaan.

Pemenang Ballon d'Or lima kali itu melengkapkan hantaran silang Vitinha dengan jaringan akrobatik mengatasi Marcin Bulka.

Pemain gantian Dominik Marczuk mendapatkan satu gol untuk Poland pada penghujung permainan namun mereka kini diambang penyingkiran berikutan kegagalan memperoleh keputusan positif. 






Must Watch Video