JARINGAN minit akhir Amine Adli dalam minit kecederaan permainan memacu kemenangan ketujuh Bournemouth dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) 2025/26 selepas menewaskan Liverpool 3-2 di Stadium Vitality, awal pagi tadi.
Pasukan tuan rumah selesa mendahului terlebih dahulu menerusi jaringan Evanilson pada minit ke-26 dan Alex Jimenez pada minit ke-33, sebelum gol Virgil Van Dijk merapatkan defisit jaringan buat The Reds dalam babak pertama.
Begitupun, usaha anak buah Arne Slot yang giat mencari gol penyamaan membuahkan hasil pada minit ke-80 menerusi gol cantik Dominik Szoboszlai.
Namun, ketika kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata, Adli memanfaatkan situasai huru-hara di hadapan gawang untuk menewaskan Alisson Becker untuk kekalahan ketujuh Liverpool sekali gus meraih tiga mata di laman sendiri.
Bournemouth kini berada di kedudukan ke-13 dalam carta liga dengan 30 mata, manakala Liverpool di kedudukan keempat berbeza enam mata.