Skip to main content

Advertisement

Sukan

Dota 2: Ohaiyo ganti Fata dalam perlawanan separuh akhir

81515859675_Ohaiyofnaticdota.jpg
Bekas pemain Offlaner pasukan Dota 2 Fnatic Khoo Chong Xin (Ohaiyo) sah menggantikan Adrian Trinks (Fata) untuk perlawanan separuh akhir kejohanan ESL One Genting nanti antara Team Secret dengan Newbee.

Perlawanan itu bakal berlangsung seketika nanti jam 3 petang di Arena of Stars, di sini hari ini.

Perkara itu sah dimaklum oleh pengajur, ESL dalam satu catatan Twitter seketika tadi.

Menurut status Facebook Ohaiyo, penggantian itu adalah berikutan Fata disahkan sakit.

 

Beberapa minit selepas itu, Fata turut memuat naik status di Twitter. Dia kecewa tidak dapat berlawan bersama-sama dengan Team Secret berikutan kesihatan yang dialaminya. 


Ohaiyo sebelum ini sah meninggalkan pasukan Fnatic pada 13 Januari lalu.

Must Watch Video