Skip to main content

Sukan

David Moyes disahkan pengurus baru Man United

71368115167_295x200.jpg
Kelab Manchester United (MU) telah mengesahkan David Moyes akan menggantikan Alex Ferguson sebagai pengurus baru kelab ternama itu.

MU turut mendedahkan yang Moyes telah diberikan enam tahun kontrak di Old Trafford.

“Bila kami berbincang mengenai calon yang sesuai , kami sepakat bersetuju untuk memilih David Moyes” kata Ferguson dalam kenyataannya sehari selepas beliau mengumumkan persaraannya selepas 26  tahun berkhidmat.

“David adalah seorang yang mempunyai integriti  dan etika kerja yang kuat. Saya sangat mengagumi cara kerjanya dan pernah melamarnya untuk menjadi penolong pengurus pada 1998”

Moyes, 50, telah berkhidmat di Everton sejak 2002 dan akan mengambil alih tempat Ferguson pada 1 Julai.

“Ini merupakan satu penghormatan bila dilantik menjadi pengurus Kelab Manchester United” kata Moyes  dalam satu kenyataannya kepada media.

“Saya amat berbangga bila Sir Alex melihat saya sesuai untuk mengambil alih tempat beliau dan sangat menghormati apa yang beliau telah lakukan kepada kelab itu” kata Moyes.

Must Watch Video