Skip to main content

Sukan

Cklamovski panggil tiga muka baharu

81759529747_skuadHarimauMalaya.jpg
KUALA LUMPUR: Selepas berhadapan isu tujuh pemain warisan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), skuad Harimau Malaya terus memandang ke hadapan apabila Ketua Jurulatih Peter Cklamovski, mempertaruhkan tiga muka baharu termasuk Jordan Mintah bagi kem latihan pusat bermula Isnin.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan memaklumkan skuad negara akan terus bertolak ke Vientiane, Laos pada 6-8 Okt untuk latihan pusat sebagai persediaan menghadapi tuan rumah dalam aksi Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 pada Khamis, 9 Okt di New Laos National Stadium.

Latihan pusat seterusnya akan bersambung di Kuala Lumpur pada 10-13 Okt menjelang aksi timbal balik menentang Laos pada Selasa, 14 Okt di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Cklamovski telah mengekalkan seramai 22 pemain dari skuad menentang Singapura dan Palestin pada perlawanan antarabangsa Tier 1 masing-masing pada 4 Sept dan 8 Sept lepas, selain membawa masuk dua pemain dari skuad B-23 tahun iaitu Aliff Izwan Yuslan dan Muhammad Ubaidullah Shamsul.

"Cklamovski juga memanggil tiga muka baharu iaitu Declan Lambert, Jordan Mintah dan Muhammad Ramadhan Saifullah," menurut kenyataan itu.

Berikut senarai nama 29 pemain:



No.

 

Nama Pemain

 

Umur

 

Kelab

 

1.

 

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed

 

29

 

Johor Darul Ta'zim

 

2.

 

Arif Aiman Mohd Hanapi

 

23

 

Johor Darul Ta'zim

 

3.

 

La'Vere Lawrence Corbin-Ong

 

34

 

Johor Darul Ta'zim

 

4.

 

Mohd Shahrul Mohd Saad

 

32

 

Johor Darul Ta'zim

 

5.

 

Muhammad Afiq Fazail

 

31

 

Johor Darul Ta'zim

 

6.

 

Muhamad Nazmi Faiz Mansor

 

31

 

Johor Darul Ta'zim

 

7.

 

Junior Eldstal

 

34

 

Johor Darul Ta'zim

 

8.

 

Romel Oswaldo Morales Ramirez

 

28

 

Johor Darul Ta'zim

 

9.

 

Harith Haiqal Adam Afkar

 

23

 

Selangor

 

10.

 

Mohamad Faisal Abdul Halim

 

27

 

Selangor

 

11.

 

Muhammad Aliff Izwan Yuslan

 

21

 

Selangor

 

12.

 

Nooa Hamzah Laine

 

23

 

Selangor

 

13.

 

Quentin Cheng Jiun Ho

 

26

 

Selangor

 

14.

 

Declan Stephen Lambert

 

27

 

Kuala Lumpur City

 

15.

 

Muhammad Safawi Rasid

 

28

 

Kuala Lumpur City

 

16.

 

Sturmer Dos Reis Paulo Josue

 

36

 

Kuala Lumpur City

 

17.

 

Jordan Mintah

 

30

 

Kuching City

 

18.

 

Muhammad Haziq Nadzli

 

27

 

Kuching City

 

19.

 

Muhammad Ramadhan Saifullah Usman

 

25

 

Kuching City

 

20.

 

Daniel Sang Ting

 

33

 

Sabah

 

21.

 

Dominic Tan Jun Jin

 

28

 

Sabah

 

22.

 

Stuart John Wilkin

 

27

 

Sabah

 

23.

 

Muhammad Azam Azmi Murad

 

24

 

Terengganu

 

24.

 

Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili

 

22

 

Terengganu

 

25.

 

Muhammad Azri Abdul Ghani

 

26

 

Negeri Sembilan

 

26.

 

Dion Johan Chai Cools

 

29

 

Cerezo Osaka

 

27.

 

Endrick Dos Santos Parafita

 

30

 

Ho Chi Minh City Police

 

28.

 

Sergio Fabian Ezequiel Aguero

 

31

 

Kanchanaburi Power

 

29.

 

Richard Li Hua Chin

 

23

 

Raith Rovers

 


Sementara itu, seramai 13 pemain berikut diletakkan dalam senarai bersedia, jika terdapat perubahan dalam senarai di atas:



No

 

Nama Pemain

 

Umur

 

Kelab

 

1.

 

Ibrahim Manusi

 

24

 

Johor Darul Ta'zim

 

2.

 

Mohamadou Sumareh

 

31

 

Johor Darul Ta'zim

 

3.

 

Nathaniel Shio Hong Wan

 

25

 

Johor Darul Ta'zim

 

4.

 

Adam Nor Azlin

 

29

 

Kuala Lumpur City

 

5.

 

Mohammad Syamer Kutty Abba

 

28

 

Kuala Lumpur City

 

6.

 

Ryan Edward Lambert

 

27

 

Kuala Lumpur City

 

7.

 

Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi

 

30

 

Selangor

 

8.

 

Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman

 

23

 

Selangor

 

9.

 

Muhammad Safwan Mazlan

 

23

 

Terengganu

 

10.

 

Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni

 

27

 

Terengganu

 

11.

 

Mohd Suhaimi Husin

 

31

 

Terengganu

 

12.

 

Muhammad Adib Abdul Ra'op

 

26

 

Penang

 

13.

 

Wan Ahmad Kuzain Wan Ahmad Kamal

 

26

 

St. Louis City

 


-- BERNAMA






Must Watch Video