Skip to main content

Sukan

BWF 2025: Kemenangan Tang Jie-Ee Wei hadiah Hari Kebangsaan - PM Anwar

41756641660_tbberegucampuran.jpg
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan pencapaian beregu campuran badminton negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei, di Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025 sebagai hadiah paling bermakna buat rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Dalam satu kemas kini di media sosial, Anwar mengucapkan tahniah serta penghargaan di atas kerja keras beregu campuran negara itu

“Tahniah kepada pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei, atas pencapaian membanggakan di Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025. Terima kasih kerana telah bekerja keras demi mengharumkan nama negara,” katanya dalam hantaran tersebut.


Terdahulu, gandingan yang kini berada di ranking keempat dunia itu menampilkan aksi meyakinkan apabila menewaskan pasangan ranking kedua dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, dengan kemenangan straight set, 21-15, 21-14.


Must Watch Video