Skip to main content

Sukan

Aira mara ke final Terbuka Bermuda

71746233988_AiraAzman.jpg
KUALA LUMPUR: Pemain skuasy negara, Aira Azman mara ke perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Bermuda 2025 selepas menewaskan kakaknya, Aifa Azman, pada pusingan separuh akhir awal pagi tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Devonshire, Bermuda itu pemain berusia 20 tahun berkenaan bermula kurang baik apabila tewas set pertama 4-11.

Bagaimanapun, pilihan pertama kejohanan itu bangkit memenangi tiga set berikutnya 11-4, 11-8, 11-6 untuk mara ke perlawanan akhir pertamanya pada musim ini.

Menanti Aira di pusingan akhir esok adalah pilihan kedua dari Mesir, Hana Moataz yang menewaskan rakan senegara, Amina El Rihany.

Hana bagaimanapun terpaksa bermandi peluh sebelum menang 7-11,11-7, 7-11,11-7, 11-9 dalam aksi yang berlangsung hampir sejam.

-- BERNAMA


Must Watch Video