SKUAD wanita Manchester City secara rasminya merangkul gelaran juara Liga Super Wanita (WSL) buat kali pertama dalam tempoh sedekad.
Perkara itu susulan pencabar terdekat, Arsenal, terikat 1-1 ketika berdepan Brighton di Stadium Broadfield awal pagi tadi.
City menduduki puncak liga WSL dengan 52 mata daripada 22 perlawanan, dengan sebelum ini Arsenal perlu memenangi semua baki empat aksi untuk berada di kedudukan teratas, namun keputusan seri berdepan Brighton menutupn peluang itu.
Jaringan pemain Arsenal hadir menerusi pemain kebangsaan Norway, Frida Maanum, yang menjaringkan gol pada minit ke-60 selepas Fuka Tsunoda meledak gol awal buat pasukan tuan rumah.