Skip to main content

Sukan

UCL: Bayern Munich tiada 'naluri pembunuh' - Manuel Neuer

Soccer Football - UEFA Champions League - Semi Final - Second Leg - Bayern Munich v Paris St Germain - Allianz Arena, Munich, Germany - May 6, 2026 Bayern Munich's Manuel Neuer and Joshua Kimmich look dejected after the match REUTERS/Kai Pfaffenbach
Manuel. REUTERS

PENJAGA gawang berpengalaman Bayern Munich, Manuel Neuer, berasakan pasukannya 'tiada naluri pembunuh' sebagai factor tewas dua kali berturut-turut kepada Paris Saint-Germains (PSG) dalam kempen Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi tadi.

Meskipun beraksi di laman sendiri, Bayern terpaksa akur tewas secara agregat 5-6 selepas bolos seawal minit ketiga dalam aksi timbal balik di Allianz Arena sebelum jaringan Harry Kane pada minit akhir seakan memberikan harapan sekali gus terpaksa akur terkandas dalam pusingan separuh akhir.

"Saya rasa kami tidak mempunyai naluri pembunuh dalam jentera serangan hari ini. Kami tidak mempunyai peluang yang jelas hari ini tetapi kami masih mencipta banyak peluang untuk jaringkan gol. Kami tidak cukup klinikal.
 

"Sudah tentu ia pahit, akhirnya kami tewas kedua-dua perlawanan menentang pasukan lawan yang sangat bagus. UCL sudah berakhir untuk kami musim ini, tetapi akan ada peluang lain, itu cara motivasi saya." kata penjaga gol berusia 40 tahun itu.

Juara bertahan, PSG akan menentang Arsenal dalam perlawanan akhir pada 30 Mei nanti.

 

Must Watch Video