Skip to main content

Sukan

Seminit sebelum juara, satu dunia terkejut lihat kesilapan tak masuk akal

Soccer Football - Saudi Pro League - Al Nassr v Al Hilal - Al Awwal Park, Riyadh, Saudi Arabia - May 12, 2026 Al Nassr's Cristiano Ronaldo reacts REUTERS/Hamad I Mohammed TPX IMAGES OF THE DAY
Reaksi Ronaldo ketika perlawanan Liga Pro Saudi antara Al Nassr dan Al Hilal di Al Awwal Park, Riyadh, Arab Saudi, 12 Mei 2026. REUTERS

SATU lagi detik menyedihkan buat Cristiano Ronaldo.

Al-Nassr sepatutnya merangkul kejuaraan Liga Pro Saudi apabila hampir meraih kemenangan ke atas Al-Hilal, namun kesilapan pada minit akhir memusnahkan harapan terbuka mereka, sekali gus terpaksa ditentukan dalam perlawanan berikutnya.

Satu dunia seakan tidak percaya melihat jaringan kontroversi itu yang menjadi penyamaan buat pasukan pelawat.

Ada yang mendakwa bahawa penjaga gol, Bento Matheus Krepski, sengaja melakukan tangkapan tidak kemas, tetapi ia jelas merugikan kelabnya apabila berpeluang menamatkan kemarau kejuaraan.

Tuan rumah terlebih dahulu berada di hadapan menerusi Mohamed Simakan pada minit ke-37 dan kedudukan 1-0 kekal sehingga 90 minit aksi.

Tambahan masa menyaksikan Al-Hilal terus mengasak kubu gergasi Arab Saudi itu untuk memecahkan kebuntuan.

Siapa sangka, satu lontaran ke dalam berjaya menghasilkan jaringan penyamaan 1-1 buat Al-Hilal. Balingan tersebut terus menghukum kesilapan Bento yang gagal menangkap kemas bola dan termasuk dalam gawang sendiri menghidupkan peluang buat anak buah Simone Inzaghi terus mencabar kejuaraan.

Satu stadium kelihatan suram, hanya penyokong kem pelawat bersorak gembira. Malah, video ulang tayang tersebut terus mendapat perhatian dunia tentang kualiti Bento sambil mempersoal beberapa pemain Al-Nassr.

Skuad kendalian Jorge Jesus terpaksa menunggu lebih lama tatkala perlu meraih kemenangan pada aksi selepas ini, sambil mengharapkan Al-Hilal tidak memintas kedudukan mereka.


 

 

Must Watch Video