PSV Eindhoven dinobatkan gelaran juara Liga Belanda buat kali ketiga berturut-turut selepas pencabar terdekat, Feyenoord gagal melakar kemenangan di Volendam.
Keputusan seri tanpa jaringan PSV - selepas menang 4-3 di laman sendiri - ketika berdepan Utrecht memastikan gelaran juara liga menjadi milik PSV meskipun masih berbaki lima perlawanan lagi musim ini.
Skuad Boeren itu mengumpul 71 mata selepas 29 perlawanan sekali gus meninggalkan Feyenoord yang meraih 54 mata sahaja.
Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga secara berturut-turut dalam sejarah PSV memenangi gelaran.
Kali terakhir mereka memenangi empat kejuaraan berturut-turut adalah pada tahun 1986-1989, dan mengulangi rekod itu pada tahun 2005-2008 untuk memastikan mereka kini telah meraih 27 gelaran liga secara keseluruhan.
๐๐๐๐-๐๐-๐๐๐๐-๐๐-๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ฐ๐๐๐ ๐#HierInHetZuiden pic.twitter.com/tBeae2sEjx
โ PSV (@PSV) April 5, 2026