Skip to main content

Sukan

Piala Malaysia: Ada beberapa situasi saya rasa sangat naif - Jurulatih Negeri Sembilan

https://stadiumastro.com/sukan/piala-malaysia-ada-beberapa-situasi-saya-rasa-sangat-naif-jurulatih-negeri-sembilan
NIDZAM: Sebagai jurulatih saya perlu positif, tetapi ada beberapa situasi yang saya rasa ia sangat naif, tak boleh beraksi dengan pasukan besar. - Foto Astro ARENA

JURULATIH Negeri Sembilan, Nidzam Jamil, menjelaskan perasaan gugup yang tinggi serta kelemahan dalam membuat keputusan menjadi antara faktor utama skuad The Jang gagal menampilkan tahap permainan terbaik di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya malam tadi.

Perkara itu susulan perjalanan Negeri Sembilan terhenti di pusingan suku akhir Piala Malaysia selepas tewas kepada Selangor 6-1 secara agregat.

"Pertama sekali jurang untuk malam ini sangat berbeza, Selangor sangat dominan daripada aspek bertahan dan menyerang.

"Dalam 15 minit pertama kami seperti gugup, dalam membuat keputusan siapa pemain yang patut lakukan lompatan. Untuk tahap profesional perkara seperti ini tidak bagus.

"Sebagai jurulatih saya perlu positif, tetapi ada beberapa situasi yang saya rasa ia sangat naif, tak boleh beraksi dengan pasukan besar.

"Kelompok lain ini okay tetapi berdepan Selangor dan Johor Darul Ta'zim ini jika satu keputusan silap ia membuka peluang buat pasukan lawan.

"Masalah kami ialah kami gementar untuk melakukan keputusan akan satu situasi kerana personaliti. Sebagai pemain profesional perlu buat keputusan dengan jelas.

"Untuk katakan kami gembira ke suku akhir dengan begini, saya tidak gembira dengan kalah begini," katanya.

 

 

 

Must Watch Video