ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 April 2026.
1. Guru direman bantu siasatan pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh
Perintah reman dikeluarkan Majistret Wan Mohd I'zzat Wan Abdullah bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
2. Perbicaraan kes ditangguh, Vivy Yusof, suami dapat pasport tunai haji
Pihak pembelaan memohon lanjutan masa bagi menyiapkan laporan audit kewangan.
3. GSF 2.0: Kerajaan pantau rapi keselamatan aktivis Malaysia - Amirudin
Amirudin berkata, langkah itu penting bagi memastikan keselamatan para peserta yang menyertai misi kemanusiaan menuju ke Gaza sentiasa terjamin.
4. Polis sekat komunikasi tahanan Pakistan lolos dari Penjara Sungai Buloh
Polis berjaya menyekat komunikasi seorang lelaki warga Pakistan yang meloloskan diri dari Penjara Sungai Buloh pada Jumaat lalu.
5. Hentikan kontroversi dakwaan pembekalan diesel kepada Filipina - PM Anwar
Perdana Menteri mahu kontroversi berhubung dakwaan pembekalan diesel kepada Filipina dihentikan kerana perkara tersebut tidak benar.
6. Diesel itu bukan milik Malaysia - Fahmi
Diesel berkenaan bukan diproses oleh PETRONAS, tetapi dimiliki serta dijual oleh syarikat yang berpangkalan di Singapura iaitu Vitol.
7. Kerajaan terus teliti langkah tangani kenaikan harga barang, bahan api - PM Anwar
Kerajaan akan terus meneliti langkah bersesuaian bagi menangani kenaikan harga barang keperluan dan bahan api yang menjadi perhatian rakyat pada masa ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8. Rosmah kata ‘Can I say something?’ ketika bicara saman barang kemas
Perbicaraan kes saman AS$14.57 juta (RM58 juta) oleh Global Royalty Trading SAL berhubung lebih 40 barang kemas, mencuri perhatian Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, apabila Datin Seri Rosmah Mansor secara spontan mencelah dengan berkata, 'Can I say something?'
9. PKR hanya calonkan individu dari cabang aktif, ada kekuatan anggota - Anwar
PKR hanya mempertimbangkan calon daripada cabang dengan keanggotaan dan jentera yang kuat untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
10. Malaysia catat 3.36 juta ancaman siber berasaskan web pada 2025 - Kaspersky
Malaysia mencatat sebanyak 3.36 juta ancaman siber berasaskan web pada tahun lalu, manakala rantau Asia Tenggara merekodkan lebih 18 juta cubaan serangan berniat jahat sepanjang 2025.