Skip to main content

Sukan

'Perlawanan yang tidak boleh dilupakan', Wolves terus bergema usai kemenangan hebat ke atas Liverpool

Soccer Football - Premier League - Wolverhampton Wanderers v Liverpool - Molineux Stadium, Wolverhampton, Britain - March 3, 2026 Wolverhampton Wanderers' Rodrigo Gomes celebrates after the match REUTERS/Chris Radburn EDITORIAL USE ONLY. NO USE WITH UNAUTHORIZED AUDIO, VIDEO, DATA, FIXTURE LISTS, CLUB/LEAGUE LOGOS OR 'LIVE' SERVICES. ONLINE IN-MATCH USE LIMITED TO 120 IMAGES, NO VIDEO EMULATION. NO USE IN BETTING, GAMES OR SINGLE CLUB/LEAGUE/PLAYER PUBLICATIONS. PLEASE CONTACT YOUR ACCOUNT REPRESENTATIVE FO
Rodrigo Gomes meraikan kemenangan selepas tamat perlawanan EPL antara Wolverhampton Wanderers dan Liverpool di Stadium Molineux, Wolverhampton, Britain, 3 Mac 2026. REUTERS

PENYERANG sensasi, Rodrigo Gomes meluahkan kegembiraan luar biasa selepas Wolverhampton Wanderers mencipta salah satu kemenangan paling bersejarah musim ini, menewaskan Liverpool 2-1 di Stadium Molineux dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut bukan sahaja mengejutkan salah satu kuasa besar bola sepak Inggeris, tetapi juga menjadi momen yang amat istimewa buat seluruh penyokong Wolves yang hadir di stadium -- perlawanan yang menurut Gomes 'tidak boleh dilupakan'.

Gomes membuka jaringan buat Wolves pada minit ke-78 sebelum Mohamed Salah menyamakan kedudukan untuk Liverpool pada minit ke-83. Namun detik paling dramatik hadir pada masa kecederaan apabila jaringan André pada minit ke-94 yang terkena pertahanan lawan memberi Wolves kemenangan 2-1 yang luar biasa.

Dalam kenyataannya kepada laman rasmi kelab selepas perlawanan, Rodrigo Gomes berkata:

“Kemenangan ini ini di bawah lampu stadium dengan penyokong di belakang kami -- ia sungguh luar biasa!”

"Ia adalah perlawanan yang tidak dapat dilupakan. Kita harus terus kekal momentum dan percaya pada diri sendiri.”

 

 

Kemenangan ke atas Liverpool merupakan satu pencapaian penting buat pasukan yang kini berada di bahagian bawah liga. Prestasi ini muncul selepas Wolves menunjukkan peningkatan dalam beberapa perlawanan terakhir, termasuk kemenangan ke atas Aston Villa sebelum ini, yang turut menyaksikan Gomes menjadi watak utama di saat yang penting.

Kemenangan berterusan di Molineux memberikan semangat besar kepada pasukan, terutama dalam usaha mereka mempertahankan diri daripada ancaman penyingkiran. Bagi Gomes, kemenangan besar sebegini juga adalah bukti bahawa pasukan perlu terus bekerja keras dan mengekalkan momentum positif ini.

Gomes mengakui bahawa suasana di stadium sangat membantu prestasi pasukannya, dia berkata, “Permainan ini benar-benar istimewa -- para penyokong memberikan tenaga kepada kami, dan kami memberikan segala yang kami ada di atas padang.”

 

Must Watch Video