Skip to main content

Dunia

Ratusan ditahan dalam protes di UK bantah larangan terhadap Palestine Action

Police remove a protester at a demonstration against the ban on Palestine Action, in Trafalgar Square, central London, Saturday April 11, 2026. (Lucy North/PA via AP)
Polis mengiring keluar seorang penunjuk perasaan semasa demonstrasi membantah larangan terhadap Palestine Action di Trafalgar Square, pusat bandar London. - Foto AP

LONDON: Polis Britain menahan seramai 523 orang semasa satu perhimpunan besar-besaran di Trafalgar Square, London pada Sabtu, yang membantah keputusan kerajaan Britain mengharamkan kumpulan pro-Palestin, Palestine Action.

Polis Metropolitan London memaklumkan dalam satu hantaran di platform X bahawa penahanan dibuat kerana individu terbabit disyaki menunjukkan sokongan terhadap sebuah organisasi yang telah diharamkan di bawah undang-undang negara itu.

Perhimpunan tersebut merupakan yang pertama diadakan sejak Mahkamah Tinggi London pada Februari lalu memutuskan bahawa tindakan kerajaan mengklasifikasikan Palestine Action sebagai organisasi pengganas adalah menyalahi undang-undang.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Britain, Shabana Mahmood, telah diberikan kebenaran untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Palestine Action diharamkan pada Julai tahun lalu di bawah undang-undang antikeganasan selepas beberapa ahlinya menceroboh sebuah pangkalan Tentera Udara Diraja (RAF).

Kumpulan itu menuduh kerajaan Britain bersubahat dalam apa yang disifatkannya sebagai jenayah perang Israel di Gaza.

Israel, bagaimanapun, berulang kali menafikan dakwaan melakukan sebarang pelanggaran atau penderaan dalam operasi ketenteraannya di Gaza.

Sepanjang demonstrasi pada Sabtu, penunjuk perasaan yang memegang sepanduk dilihat duduk di atas tanah atau di atas kerusi kem, dengan sebahagian mereka mengenakan selendang Palestin hitam putih serta mengibarkan bendera Palestin.

Polis menyatakan siasatan masih dijalankan terhadap individu yang ditahan.

Must Watch Video