Skip to main content

Sukan

Arne Slot bukan lagi Ketua Jurulatih Liverpool berkuat kuasa serta-merta

FILE PHOTO: Soccer Football - Premier League - Newcastle United v Liverpool - St James' Park, Newcastle, Britain - August 25, 2025 Liverpool manager Arne Slot before the match REUTERS/Scott Heppell/File Photo EDITORIAL USE ONLY. NO USE WITH UNAUTHORIZED AUDIO, VIDEO, DATA, FIXTURE LISTS, CLUB/LEAGUE LOGOS OR 'LIVE' SERVICES. ONLINE IN-MATCH USE LIMITED TO 120 IMAGES, NO VIDEO EMULATION. NO USE IN BETTING, GAMES OR SINGLE CLUB/LEAGUE/PLAYER PUBLICATIONS. PLEASE CONTACT YOUR ACCOUNT REPRESENTATIVE FOR FURTHER
Slot (foto) sebelum ini dilantik menggantikan Jurgen Klopp dan mencatat kejayaan pada musim pertamanya apabila membantu Liverpool menjuarai liga buat kali ke-20. -Gambar fail/Reuters

LONDON: Liverpool FC mengesahkan bahawa Arne Slot telah meninggalkan jawatannya sebagai ketua jurulatih berkuat kuasa serta-merta, manakala proses pelantikan pengganti kini sedang dijalankan.

Dalam satu kenyataan bersama, pemilik Kelab Liga Perdana Inggeris itu merakamkan penghargaan terhadap sumbangan Slot sepanjang tempoh perkhidmatan sejak Jun 2024.

"Tidak perlu diperkatakan lagi bahawa ini merupakan keputusan yang amat sukar untuk dibuat oleh kelab. Sumbangan Slot kepada Liverpool FC sepanjang bersama kami amat besar, bermakna dan paling penting bagi penyokong serta kami sendiri,” menurut kenyataan itu.

 

 

Liverpool turut menyifatkan Slot sebagai seorang pemimpin berwibawa yang menunjukkan etika kerja tinggi, ketekunan serta kepakaran sepanjang mengemudi pasukan.

Sepanjang menyertai kelab tersebut, Slot berjaya membawa Liverpool merangkul kejuaraan liga ke-20 dalam musim pertamanya.

Dia turut dinobatkan sebagai Pengurus Terbaik LMA bagi musim 2024-2025 selepas membawa pasukan ke pentas final Piala Carabao serta mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah.

Bekas pengurus Bournemouth, Andoni Iraola dilaporkan menjadi calon pilihan untuk menggantikan pengendali dari Belanda itu.

Slot, 47, sebelum ini dilantik menggantikan Jurgen Klopp dan mencatat kejayaan pada musim pertamanya apabila membantu Liverpool menjuarai liga buat kali ke-20.

 

Must Watch Video

Advertisement