Skip to main content

Malaysia

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya rancangan rejim Israel rampas 70 peratus wilayah Palestin

PUTRAJAYA, 22 Julai -- Rakaman gambar logo Wisma Putra ketika tinjauan selepas Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Ibu Bapa Pelajar Bangladesh Malaysia untuk membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia yang terkandas di Bangladesh, di Wisma Putra, hari ini.  Kerajaan memutuskan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh kerana mengutamakan keselamatan mereka berikutan ketegangan yang memuncak di negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.  --foto
Wisma Putra, berkata Gaza sejak sekian lama merupakan sebahagian daripada Wilayah Palestin, malah sebelum penubuhan Israel lagi, dan sebarang tindakan rejim itu untuk mengubah realiti wilayah Gaza hanya akan mengakibatkan ketidakadilan yang lebih ketara. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya rancangan yang baru diumumkan rejim Zionis Israel untuk merampas serta memperluaskan kawalannya ke atas 70 peratus wilayah Gaza.

Kementerian Luar, yang menyifatkan langkah itu sebagai menyalahi undang-undang dan sama sekali tidak boleh diterima, berkata ia merupakan satu lagi pelanggaran nyata oleh rejim tersebut terhadap undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serta pelbagai resolusi Majlis Keselamatan PBB dan Perhimpunan Agung PBB.

“Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa dan PBB untuk menolak dan membantah rancangan itu, sambil memberi amaran bahawa sebarang cubaan untuk mengubah realiti wilayah Gaza hanya akan terus menjejaskan prospek keamanan dan keadilan,” menurut kementerian itu dalam kenyataan pada Sabtu.

Kementerian itu, yang juga dikenali sebagai Wisma Putra, berkata Gaza sejak sekian lama merupakan sebahagian daripada Wilayah Palestin, malah sebelum penubuhan Israel lagi, dan sebarang tindakan rejim itu untuk mengubah realiti wilayah Gaza hanya akan mengakibatkan ketidakadilan yang lebih ketara serta memburukkan lagi keadaan keselamatan dan keamanan yang sedia rapuh di rantau itu.

“Rakyat Gaza terus menderita akibat tindakan genosid dan kemusnahan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel. Sebarang bentuk pengilhakan wilayah Palestin adalah salah di sisi undang-undang antarabangsa dan tidak boleh dibenarkan. 

“Sebaliknya, ia dengan jelas mencerminkan niat terancang untuk menafikan hak-hak sah rakyat Palestin, termasuk hak mereka untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat di tanah air mereka sendiri yang merangkumi Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis Timur,” menurut Wisma Putra.

Malaysia turut mengulangi solidariti yang tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin serta sokongan berterusan negara terhadap penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement